Wednesday, August 19, 2015
Tuesday, August 4, 2015
Friday, July 31, 2015
Aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjanag minggu ini.
Menyediakan papan jawatankuasa induk ,jawatankuasa kerja,jawatankuasa NILAM di atas mounting board.
Mengedarkan rekod rakan pembaca kepada kelas-kelas yang mempunyai murid-murid rakan pembaca.
Menyediakan tempat yang selesa untuk membaca surat khabar dengan kerusi sofa.
Menyusun buku-buku mengikut nombor Dewey Perpuluhan.
Mengemaskinikan papan kenyataan NILAM.
Menyediakan maklumat untuk Instrumen PSS.
Menyediakan papan jawatankuasa induk ,jawatankuasa kerja,jawatankuasa NILAM di atas mounting board.
Mengedarkan rekod rakan pembaca kepada kelas-kelas yang mempunyai murid-murid rakan pembaca.
Menyediakan tempat yang selesa untuk membaca surat khabar dengan kerusi sofa.
Menyusun buku-buku mengikut nombor Dewey Perpuluhan.
Mengemaskinikan papan kenyataan NILAM.
Menyediakan maklumat untuk Instrumen PSS.
Wednesday, July 29, 2015
LITERASI MAKLUMAT
KONSEP LITERASI MAKLUMAT
Literasi Maklumat adalah suatu kemahiran yang digunakan untuk mencari maklumat tertentu yang diperlukan dan merangkumi kebolehan mencari dan memperolehi maklumat dalam apa jua format serta mengggunakan maklumat tersebut secara aktif. Ia juga boleh didefinisikan sebagai keupayaan untuk mengakses dan menilai maklumat bagi membantu membuat pemilihan dan penyelesaian masalah secara efektif.
Kepentingan Literasi Maklumat
Dasar pembangunan negara:
Membangunkan ekonomi berasaskan pengetahuan k-ekonomi dan k-masyarakat.
Memperkukuhkan pembangunan modal insan untuk menghasilkan tenaga manusia berpengetahuan
Kerajaan menghendaki seluruh rakyatnya mempelajari, memahami dan menguasai pengetahuan IT
Matlamat Pendidikan Negara ialah melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berilmu, berterampilan dan sejahtera selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Konsep Pengajaran dan Pembelajaran Bestari yang berpusatkan pelajar dan dipermudahkan dengan bantuan ICT
Pembangunan ICT dalam pendidikan
Hidup dan bersaing dalam dunia dan ekonomi global yang terlalu bergantung kepada maklumat
Belajar berdikari secara beransur-ansur untuk menghayati konsep pendidikan seumur hidup
Dari aspek Ekonomi
Menurut Barner (1996) beberapa budaya di tempat kerja telah dikenal pasti. Berasaskan budaya-budaya ini, pekerja zaman ,maklumat ini perlulah mereka yang mempunyai literasi maklumat bagi memenuhi keperluan :
Organisasi maya (Virtual Organization)
Bertindak sebagai Pembekal, Pengeluar dan Pengurus Maklumat
Ramai pekerja sementara, sambilan dan dari latar belakang yang pelbagai
Penggunaan komputer dan sistem elektronik
Setiap organisasi dan individu perlu terus belajar dan mengikuti latihan(Learning Organization)
Siapakah yang dikatakan sebagai seorang yang “Berliterasi Maklumat”?
boleh mengenalpasti maklumat yang diperlukan
boleh mengenalpasti bila maklumat diperlukan
bagaimana dan di mana maklumat boleh dikesan
menilai secara kritikal maklumat dan sumber maklumat
menggunakan maklumat bagi tujuan tertentu dan mengikut keutamaan
melaporkan maklumat dengan berkesan sama ada secara verbal , penulisan atau teknologi
mengguna maklumat yang diperolehi secara beretika.
5 ELEMEN LITERASI MAKLUMAT
1.0. KEMAHIRAN BERFIKIR KRITIS DAN KREATIF
10. KEMAHIRAN MAKLUMAT / PERPUSTAKAAN
1.1 Lokasi bahan
1.2 Sistem pengkelasan perpuluhan Dewey
1.3 Bahan-bahan bercetak (Jenis-jenis buku)
1.4 Bahan-bahan Bukan bercetak .
2.1 Penggunaan lembaran pengurusan grafik
2.2 Membanding beza
2.3 Membuat ramalan dan sebagainya
3. KEMAHIRAN BELAJAR
3.1 Membaca
3.2 Teknik mencatat Nota
4. KEMAHIRAN KOMUNIKASI / MENYAMPAIKAN MAKLUMAT
4.1 Verbal – mendapat dan melaporkan maklumat yang diperoleh.
4.2 Menyampaikan maklumat secara bertulis melalui laporan penyelidikan dan sebagainya.
4.3 Menyediakan citation / nota kaki dan rujukan.
5. KEMAHIRAN ICT
5.1 Pencarian maklumat digital, pangkalan data dan enjin carian.
5.2 Menghasilkan laman web, broser, dan risalah.
5.3 Menggunakan perisian-perisian multimedia.
PERANAN LITERSI MAKLUMAT DI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN.
Penguasaan kemahiran LM boleh dijalankan melalui pelbagai strategi pengajaran melalui:
1. Kerja kursus
2. Projek khusus mata pelajaran Tertentu
3. Aktiviti kelas
4. Aktiviti ko-kurikulum
5. Kerja kendiri
6. Program/aktiviti PSS
7. Program membaca
Di Malaysia model-model yang diguna pakai adalah :
a. The Big6 Skills – Eisenberg and Berkowitz
Definisi Tugasan
Kenalpasti masalah
Kenalpasti keperluan maklumat
Strategi Pencarian Maklumat
kenalpasti sumber maklumat yang mungkin pilih maklumat mengikut keutamaan
Lokasi dan Akses
kenalpasti lokasi maklumat yang akan dicari (termasuk pengkalan data atas talian)
mencari maklumat yang relevan
Mengguna maklumat
kenalpasti jenis maklumat sama ada fakta atau pendapat
meringkaskan maklumat yang panjang lebar
mencatat sumber maklumat yang diperolehi
membaca, mendengar, mencatat maklumat yang diperolehi dengan tepat
Sintesis
mengurus dan merumus maklumat yang diperolehi dengan jelas
melapor maklumat yang diperolehi dengan jelas
mengambil bahagian dalam perbincangan mengenai maklumat yang diperoleh
mempersembah maklumat yang diperolehi sesuai dengan mesej, media dan penonton.
Penilaian
menilai keberkesanan hasil pencarian maklumat
menilai proses perjalanan pencarian maklumat
mencadangkan penambahbaikan
kenalpasti keperluan mencari maklumat lanjut terhadap sebarang kekurangan
Petunjuk kejayaan sesuatu program literasi maklumat di sekolah
Peningkatan Penggunaan Pusat Sumber Sekolah
Peningkatan Permintaan Terhadap Bahan Maklumat
Peningkatan Permintaan Terhadap Akses Kepada Maklumat
Peningkatan Penyebaran Maklumat
Peningkatan Pencapaian Akademik
Peningkatan Pencapaian Ko-Kurikulum.
Aktivti penyelesaian masalah dan lain-lain.
Bacaan tambahan berkaitan Literasi maklumat
http://bibliografi.moe.edu.my/SumberPendidikan/
Literasi_Maklumat
Literasi dan Jejak maklumat
LM ke arah pendidikan bestari
Tuesday, July 28, 2015
SEJARAH PSS SJKT VAGEESAR

VISI PSS
Membudayakan teknologi pendidikan selaras dengan Falsafah Pendidikan
Negara
MISI
PSS
Menjadikan
Pusat Sumber Sekolah pusat penyebaran ilmu dan maklumat
MOTTO
PSS
* Pusat Sumber Sekolah Ke arah Kecemerlangan Budaya Ilmu
MATLAMAT
PSS
*
·
Meningkatkan
mutu pendidikan di sekolah.
·
Membentuk
profesion perguruan yang berilmu, dinamis, kreatif, inovatif dan berdisiplin
untuk membantu pembinaan sahsiah guru-guru supaya dapat memainkan peranan yang
berkesan dalam pembangunan negara, bangsa dan agama.
·
Membentuk
golongan pelajar yang berilmu, kreatif dan berdisiplin untuk membantu sahsiah
pelajar supaya dapat memainkan peranan positif.
·
Mendedahkan
pelajar dengan pengetahuan teknologi maklumat
menerusi penggunaan komputer.
OBJEKTIF
PSS
**
·
Menyediakan
sumber-sumber bagi kemudahan guru dan pelajar.
·
Menyediakan
tempat untuk guru-guru merancang dan
menghasilkan
sumber-sumber pengajaran dan pembelajaran
·
Meningkatkan
profesionalisme guru
·
Mengumpul,
menyimpan dan mengedar pelbagai jenis maklumat.
·
Membina
program media untuk pengajaran dan pembelajaran.
·
Menyediakan
perisian pendidikan untuk kegunaan guru dan
pelajar.
Subscribe to:
Posts (Atom)